Skip to main content

Dunia

Facebook hapuskan akaun-akaun dikaitkan dengan parti Kongres India

Menjelang pilihan raya umum India yang bermula pada 11 April, syarikat media sosial Facebook menyatakan, ia menghapuskan lebih 700 akaun dan halaman yang dikaitkan dengan Parti Kongres - pembangkang utama negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook hapuskan akaun-akaun dikaitkan dengan parti Kongres India

Seorang lelaki menulis nama calon parti Kongres pada dinding tepi jalan menjelang pilihan raya umum India, di Kochi. (Gambar: Sivaram V/REUTERS)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 06:54PM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 07:04PM

NEW DELHI: Menjelang pilihan raya umum India yang bermula pada 11 April, syarikat media sosial Facebook menyatakan, ia menghapuskan lebih 700 akaun dan halaman yang dikaitkan dengan Parti Kongres - pembangkang utama negara itu.

Facebook mendakwa akaun-akaun tersebut dihapuskan kerana merupakan sebahagian daripada usaha terancang bagi mengelirukan para pengguna.

Menurut Facebook, laman-laman tersebut membentuk satu rangkaian akaun bagi mengelirukan orang tentang siapa mereka sebenarnya dan apa yang mereka sedang lakukan.

Namun, tindakan Facebook ke atas akaun-akaun parti Kongres itu menimbulkan syak wasangka banyak pihak.

Parti Kongres sendiri menyatakan tiada laman rasmi atau kendalian para sukarelawannya dipadamkan.

Facebook sebelum ini menerima tekanan hebat daripada pihak berkuasa India kerana dituduh membiarkan berita-berita palsu tersebar di wadahnya.

New Delhi memberi amaran kepada wadah-wadah media sosial tentang tindakan tegas terhadap apa juga percubaan hendak mempengaruhi proses pengundian India.

Jumlah pengguna Facebook di India adalah yang tertinggi di dunia iaitu sekitar 300 juta orang.

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita