Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

FAA arah Boeing pertingkat sofwe cegah enjin pesawat tiba-tiba mati

Pentadbiran Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) mengarahkan syarikat Boeing supaya segera mempertingkat sofwe mencegah enjin daripada terhenti tiba-tiba dan sistem pengemudian bagi semua pesawat jenis 737 MAX.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Mar 2019 06:42PM Dikemas Kini : 12 Mar 2019 11:11PM

WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) mengarahkan syarikat Boeing supaya segera mempertingkat sofwe mencegah enjin daripada terhenti tiba-tiba dan sistem pengemudian bagi semua pesawat jenis 737 MAX.

Bagaimanapun FAA menolak kemungkinan operasi pesawat tersebut digantung buat masa ini. Dalam kenyataannya, FAA menegaskan jika terdapat bukti kukuh tentang masalah yang menjejas keselamatan, ia akan mengambil "tindakan segera dan wajar."

Selain Singapura, beberapa syarikat penerbangan lain turut menggantung sementara operasi penerbangan pesawat Boeing 737 MAX.

Terdapat kira-kira 350 pesawat jenis itu yang kini digunakan di merata dunia.

China negara pertama yang menggantung penerbangan pesawat tersebut, menyusuli nahas pesawat Habsyah. Beijing menyatakan ia akan hanya menyambung operasi selepas "mendapat pengesahan tentang langkah-langkah keselamatan yang lengkap".

Indonesia turut menggantung 11 pesawat jenis tersebut. Ini selepas pihak berkuasa penerbangan menjalankan pemeriksaan ke atas pesawat-pesawat berkenaan.

Pihak berkuasa Australia hari ini (12 Mac) juga menggantung penerbangan pesawat-pesawat Boeing 737 MAX yang seharusnya berlepas mahupun mendarat di Australia. Fiji Airlines satu-satunya pengendali 737 MAX yang terjejas dengan langkah pihak berkuasa di negara itu.

Pada Oktober 2018, pesawat Boeing 737 Max 8 syarikat penerbangan Lion Air, terhempas sejurus berlepas dari Jakarta, meragut nyawa 189 orang.

Syarikat-syarikat penerbangan lain yang turut menggantung khidmat pesawat tersebut termasuk dari Korea Selatan, Habsyah, Mongolia, dan Afrika Selatan.

Sementara itu Malaysia sedang menimbangkan semula pembelian 25 pesawat Boeing 737 Max 8, bagi kegunaan syarikat penerbangan MAS.

Boeing menyifatkan pesawat siri MAX itu sebagai yang paling laris. Ia menerima lebih 5,000 tempahan dari seluruh dunia sejauh ini. 

Sumber : Reuters/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan