Exco kerajaan negeri Johor dijadual angkat sumpah pada 17 Jul
Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (exco) yang baharu dijadual mengangkat sumpah jawatan di Istana Bukit Serene di Johor Bahru, pada pagi Jumaat (17 Jul).
Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu dijadual mengangkat sumpah jawatan pada 17 Julai 2026. (Gambar fail: Bernama)
- Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu akan mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene pada 17 Julai.
- Majlis ini diadakan di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan dihadiri oleh Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi serta pegawai kanan negeri.
- Onn Hafiz Ghazi telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor untuk penggal kedua selepas kemenangan Barisan Nasional dalam PRN ke-16.
- BN memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN, membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri baharu dan melantik barisan exco baharu.
Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah jawatan berkenaan dijadualkan berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Majlis istiadat itu dijadualkan turut dihadiri oleh Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dr Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Mohammed Ridha Abd Kadir.
Pengamal media turut dipelawa membuat liputan di kedua-dua pintu masuk utama istana bermula pukul 9.30 pagi.
Pada Ahad lalu, Encik Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut, selepas Barisan Nasional (BN) melakar kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
PRN Johor yang berlangsung pada Sabtu lalu, menyaksikan BN memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN, sekali gus diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.