Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU tolak cubaan ubah demografi, geografi sempadan Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
EU tolak cubaan ubah demografi, geografi sempadan Gaza

Rakyat Palestin meninjau-ninjau tempat perlindungan sementara yang musnah di sebuah sekolah UNRWA yang menempatkan para pelarian berikutan serangan Israel ke atas kem pelarian Bureij di bahagian tengah Carikan Gaza pada 7 Mei 2025. (Gambar: Eyad BABA / AFP)

Diterbitkan : 10 May 2025 11:27AM Dikemas Kini : 10 May 2025 11:29AM
WARSAW: Wakil peringkat tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Kaja Kallas dengan tegas menolak sebarang percubaan untuk mengubah komposisi demografi atau sempadan geografi Carikan Gaza, termasuk pemindahan paksa rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Bercakap semasa sidang media di ibu kota Poland, Warsaw selepas mesyuarat tidak rasmi menteri luar EU, Cik Kallas menyuarakan kebimbangan mendalam EU terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza.

Beliau memaklumkan bahawa para menteri luar sebulat suara bersetuju keadaan kemanusiaan di wilayah itu kini terlalu teruk dan semakin memburuk dengan pantas.

Cik Kallas turut menggesa pihak berkuasa pendudukan Israel agar segera menarik balik sekatan dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada para penduduk yang memerlukan di Gaza.

Mengenai situasi di Syria, Cik Kallas menyambut baik pendirian Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menggesa agar sekatan terhadap Syria dilonggarkan, sambil menjelaskan bahawa perkara itu sedang dibincangkan dalam kalangan institusi EU.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan