Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU tidak kenakan sekatan COVID-19 terhadap pelawat dari China

Anggaran Waktu Membaca:
EU tidak kenakan sekatan COVID-19 terhadap pelawat dari China

Bendera Kesatuan Eropah (EU) di luar bangunan Suruhanjaya Eropah di Brussels pada 16 Jun 2022. (Gambar fail: Kenzo TRIBOUILLARD/AFP)

BRUSSELS: Agensi Kesihatan Kesatuan Eropah (EU) berpendapat, tidak wajar untuk mengenakan saringan wajib COVID-19 terhadap para pelawat yang tiba dari China.

Keputusan itu dibuat meskipun beberapa negara termasuk Amerika Syarikat sudah mula mengenakan ujian wajib COVID-19 terhadap para pelawat yang tiba dari China.

Ia berikutan peningkatan besar pada jumlah kes baru COVID-19 di China setelah pemerintahnya secara mendadak memansuhkan banyak sekatan bulan ini.
Namun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) menyatakan, buat masa ini pihaknya percaya kenaikan jumlah kes COVID-19 di China sekarang tidak akan memberi kesan kepada keadaan penularan penyakit itu di EU.

Ini memandangkan tahap imuniti tinggi dalam kalangan penduduk di EU serta jenis varian COVID-19 yang sedang menular di China.

Buat masa ini, dalam kalangan negara-negara EU, hanya Itali sudah menguatkuasakan ujian COVID-19 terhadap mereka yang tiba dari China.
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan