Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU terima sijil vaksinasi, saringan COVID-19 M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
EU terima sijil vaksinasi, saringan COVID-19 M'sia

Gambar Hiasan (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

KUALA LUMPUR: Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Kerajaan Malaysia kini diiktiraf Kesatuan Eropah (EU) untuk mempermudah pergerakan pelawat Malaysia di negara anggota EU.

Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022.

Dalam satu kenyataan di laman web EU, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen berkata bagi membolehkan pengiktirafan itu beroperasi, Malaysia akan disambung kepada rangka kerja Sijil COVID Digital EU yang ditubuhkan di bawah Peraturan (EU) 2021 /953.

"Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia menepati 'Sistem Pengurusan Vaksin’ kesatuan itu dan dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953," menurut kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, bagi melindungi kepentingan Kesatuan, khususnya dalam bidang kesihatan awam, Suruhanjaya boleh menggunakan kuasanya untuk menggantung permohonan keputusan itu atau memansuhkannya, jika syarat Perkara 8(2) Peraturan (EU) 2021/953 tidak lagi dipatuhi.

Malaysia pada 18 Nov 2021 menyediakan maklumat terperinci kepada Suruhanjaya itu mengenai pengeluaran sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 di bawah ‘Sistem Pengurusan Vaksin’.

“Malaysia memaklumkan kepada Suruhanjaya bahawa ia menganggap sijil COVID-19 dikeluarkan mengikut piawaian dan sistem teknologi, yang saling beroperasi dengan kerangka kerja ditetapkan Peraturan (EU) 2021/953 dan membenarkan pengesahan ketulenan, kesahihan dan integriti sijil-sijil itu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu di akaun Twitternya.

“Berita baik: EU sudah menerima permintaan Malaysia @officialmosti untuk mewujudkan kesetaraan antara Sijil COVID Digital EU dan MySejahtera Malaysia. Merancakkan lagi perniagaan dan pelancongan!,” katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan