Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU tawar vaksin COVID-19 percuma kepada China bagi bendung penularan wabak

Anggaran Waktu Membaca:
EU tawar vaksin COVID-19 percuma kepada China bagi bendung penularan wabak

Gambar fail vaksin COVID-19 Nuvaxovid. (Gambar: Jeroen Jumelet/ANP/AFP)

MOSKO: Kesatuan Eropah (EU) menawarkan vaksin COVID-19 percuma kepada China untuk membantu negara berkenaan membendung penularan penyakit itu ketika Beijing bersiap sedia bagi menamatkan sekatan pergerakan diperketatkan dan membuka sempadannya, lapor Sputnik. 

The Financial Times memetik pegawai EU sebagai berkata, tawaran yang dibuat dalam beberapa hari kebelakangan ini menjelang mesyuarat menteri-menteri kesihatan EU pada Selasa (3 Jan) merupakan sebahagian tindak balas Suruhanjaya Eropah terhadap kemungkinan gelombang baru kes COVID-19 di seluruh dunia selepas China memutuskan untuk menamatkan "dasar sifar COVID". 

“Pesuruhjaya Kesihatan EU Stella Kyriakides telah menghubungi rakan sejawatannya dari China untuk menawarkan perpaduan dan sokongan termasuk kepakaran kesihatan awam serta sumbangan vaksin EU yang disesuaikan dengan varian," kata seorang pegawai EU dipetik sebagai berkata.

Pemerintah China masih belum menjawab tawaran yang dibuat oleh EU itu.

Pada November, China menyaksikan peningkatan pandemik COVID-19 tempatan. Berdasarkan kemerosotan situasi epidemiologi, pihak berkuasa melaksnakan sekatan pergerakan separa di beberapa kawasan selain turut memaksa penduduknya menjalani ujian PCR setiap hari.

Pada Disember, China mengumumkan pelonggaran dasar sifar COVID-19 dan bersedia untuk membuka semula sempadannya pada Januari. Pengakhiran hampir tiga tahun langkah ketat di negara berpenduduk 1.4 bilion orang itu dikhuatiri berpotensi membawa kepada penyebaran besar-besaran penyakit itu di seluruh dunia.

Setakat ini, dua vaksin COVID-19 utama Sinovac dan Sinopharm yang dikeluarkan dalam negara dan digunakan China, tidak diaktifkan. Tiada vaksin mRNA tersedia di China untuk kegunaan besar-besaran, yang boleh menjadi punca prestasi China yang agak buruk dalam menangani pandemik itu, menurut pakar Barat.

Pada lewat Disember, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata liputan vaksinasi semasa di China tidak mencukupi dan langkah yang lebih aktif diperlukan untuk mengekang penyebaran virus itu.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan