Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU suarakan 'perpaduan' dengan AS berhubung penggodaman Rusia

Kesatuan Eropah (EU) menyokong Amerika Syarikat (AS) berhubung serangan-serangan siber yang dihadapinya termasuk penggodaman besar yang didakwa dilakukan Rusia.

Anggaran Waktu Membaca:
EU suarakan 'perpaduan' dengan AS berhubung penggodaman Rusia

Gambar fail Rumah Putih di Washington. (Gambar: REUTERS/Yuri Gripas/Files)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 09:49AM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 09:51AM

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menyokong Amerika Syarikat (AS) berhubung serangan-serangan siber yang dihadapinya termasuk penggodaman besar yang didakwa dilakukan Rusia.

Ketua Dasar Luar Negara Kesatuan Eropah, Josep Borrell, dalam satu kenyataan berkata Kesatuan Eropah dan anggotanya menzahirkan perpaduan dengan Amerika Syarikat berhubung kesan kegiatan siber berniat jahat, khususnya operasi terhadap SolarWinds.

"Tindakan itu bukan saja menjejas pihak pemerintah, malah perniagaan seluruh dunia termasuk negara-negara anggota EU.

Kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak blok 27 negara itu menegaskan bahawa "semua pihak mesti mengelakkan daripada kelakuan tidak bertanggungjawab dan menggugat kestabilan di ruang siber."

"Kami akan terus menyiasat kegiatan siber berniat jahat ini dengan tujuan untuk bertindak secara berpanjangan, bersama dan terselaras bagi mencegah kelakuan sedemikian," menurutnya.

Amerika Syarikat pada Khamis (15 Apr) mengumumkan sekatan ekonomi terhadap Rusia dan mengusir 10 diplomat selepas Washington mendakwa Moscow campur tangan dalam pilihan raya negara itu, menerusi serangan siber SolarWinds dan kegiatan permusuhan lain.

Rumah Putih menyatakan, arahan eksekutif Presiden Joe Biden, itu memberi isyarat bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan tindakan dengan cara strategik dan memberi kesan kepada ekonomi Rusia, jika ia meneruskan tindakan yang menggugat kestabilan antarabangsa.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan