Skip to main content

Dunia

EU setuju terima masuk 40,000 warga Afghan

Sebanyak 15 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menerima kemasukan 40,000 warga Afghan untuk ditempatkan semula di negara masing-masing, kata Pesuruhjaya Ylva Johansson pada Khamis (9 Dis) selepas mengadakan perjumpaan dengan menteri dalam negara blok berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
EU setuju terima masuk 40,000 warga Afghan

Gambar: AFP

Diterbitkan : 10 Dec 2021 12:11PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 12:12PM

BRUSSELS: Sebanyak 15 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menerima kemasukan 40,000 warga Afghan untuk ditempatkan semula di negara masing-masing, kata Pesuruhjaya Ylva Johansson pada Khamis (9 Dis) selepas mengadakan perjumpaan dengan menteri dalam negara blok berkenaan.

Berdasarkan dokumen yang dilihat AFP, Jerman akan menerima sebahagian besar dari warga Afghan itu sebanyak 25,000 orang, manakala Belanda pula 3,159 dan Sepanyol serta Perancis, masing-masing 2,500. Negara-negara yang lain mencatatkan jumlah yang lebih rendah.

"Saya rasa tindakan solidariti ini sungguh mengagumkan," kata Johansson, yang menegaskan memberi kebenaran untuk lebih ramai warga Afghanistan berhijrah secara terkawal itu akan membantu mencegah "ketibaan tidak teratur".

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) sebelum ini menggesa blok tersebut untuk menerima kemasukan 42,500 warga Afghan dalam tempoh lima tahun, namun sebilangan daripada 27 anggota negara menolaknya.

Dianggarkan 85,000 warga Afghanistan telah memasuki negara berhampiran EU. Jumlah mereka yang meninggalkan negara itu dijangka meningkat sejak Kabul kembali berkuasa, diburukkan lagi dengan kemarau yang melanda negara itu.

Susulan pengunduran tentera AS dan penguasaan semula kumpulan Taliban pada bulan Ogos, 24 negara Kesatuan Europah sudah menerima kemasukan 28,000 pelarian.

Bagaimanapun, ketua UNHCR Filippo Grandi memberi amaran 85,000 warga Afghan yang sedang tinggal dalam keadaan terdedah kepada ancaman di luar blok itu perlu penempatan semula dan mendesak Eropah supaya menerima separuh daripada jumlah tersebut.  

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita