Skip to main content

Dunia

EU setuju pelan hentikan import gas Rusia jelang 2028

Kesatuan Eropah (EU) sudah mengambil langkah untuk menamatkan kebergantungannya terhadap tenaga dari Rusia, dengan pemerintah-pemerintah EU bersetuju dengan peraturan baharu untuk menghentikan secara berperingkat import gas asli Rusia di bawah strategi “REPowerEU”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Anggaran Waktu Membaca:
EU setuju pelan hentikan import gas Rusia jelang 2028

Kesatuan Eropah (EU) sudah mengambil langkah ke arah menamatkan kebergantungannya terhadap tenaga dari Rusia. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Oct 2025 09:59PM
LONDON: Kesatuan Eropah (EU) sudah mengambil langkah untuk menamatkan kebergantungannya terhadap tenaga dari Rusia, dengan pemerintah-pemerintah EU bersetuju dengan peraturan baharu untuk menghentikan secara berperingkat import gas asli Rusia di bawah strategi “REPowerEU”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Peraturan yang dicadangkan itu akan memperkenalkan larangan secara berperingkat dan mengikat dari segi undang-undang terhadap kedua-dua gas saluran paip dan gas asli cecair (LNG) dari Rusia, dengan larangan sepenuhnya dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2028.

“Eropah yang bebas tenaga adalah Eropah yang lebih kuat dan lebih selamat,” kata Menteri Iklim, Tenaga dan Utiliti Denmark Lars Aagaard dalam satu kenyataan Majlis EU.

“Walaupun kita telah berusaha keras untuk mengeluarkan gas dan minyak Rusia dari Eropah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita masih belum mencapai matlamat itu. Oleh itu, adalah penting bahawa Kepresidenan Denmark telah mendapat sokongan besar daripada menteri-menteri tenaga Eropah terhadap undang-undang yang akan secara muktamad mengharamkan kemasukan gas Rusia ke EU,” kata beliau lagi.

Berdasarkan pendirian Majlis, import gas Rusia akan diharamkan mulai 1 Januari 2026, dengan tempoh peralihan bagi kontrak sedia ada.

Perjanjian jangka pendek yang ditandatangani sebelum 17 Jun 2025 boleh diteruskan sehingga Jun 2026, manakala kontrak jangka panjang boleh berkuat kuasa sehingga awal 2028.

Negara-negara anggota juga menyokong peraturan kastam dan kebenaran baharu bagi memastikan larangan itu dapat dikuatkuasakan, termasuk keperluan dokumentasi untuk import gas serta pengesahan asal kargo LNG.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita