EU sedia bertindak balas jika rundingan tarif dengan Amerika gagal
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen di Brussels, Belgium pada 9 April 2025. (Gambar: REUTERS/Yves Herman)
WARSAW: Suruhanjaya Ekonomi Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat (11 Apr) menyatakan bahawa blok itu bersedia mempertahankan kepentingan ekonominya jika rundingan dengan Amerika Syarikat berhubung tarif tidak mencapai kata sepakat.
Langkah Amerika untuk mengenakan tarif lebih tinggi ditangguhkan selama 90 hari, sekali gus memberi ruang kepada Menteri-Menteri Kewangan EU untuk berbincang tentang strategi mencapai perjanjian perdagangan serta merangka pelan tindakan jika rundingan menemui kegagalan.
Pesuruhjaya Ekonomi EU, Valdis Dombrovskis dan Menteri Kewangan Jerman, Joerg Kukies ketika tiba untuk rundingan di Warsaw menyatakan bahawa mereka akan bertindak balas sekiranya rundingan tidak berhasil.
Jika perjanjian dicapai dalam tempoh tiga bulan ini, iaitu berkemungkinan berdasarkan cadangan EU untuk tarif sifar ke atas semua barangan industri, isu itu boleh diselesaikan secara damai.
Namun, jika rundingan gagal, 27 negara anggota EU perlu menyelaraskan bantuan kepada sektor industri masing-masing yang terjejas akibat tarif tersebut.
Ketidakseimbangan kewangan awam antara negara-negara anggota turut menjadi cabaran kerana sesetengah negara mampu menyokong industri mereka, manakala yang lain tidak.
Keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan persaingan adil dalam pasaran tunggal EU.
Menteri Kewangan Poland, Andrzej Domanski, menegaskan pentingnya pendekatan bersama dari seluruh EU.
Katanya lagi, beliau tidak mahu melihat persaingan untuk menawarkan bantuan industri secara tidak seimbang.

Sumber : AGENCIES/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.