EU salur dana bantu mangsa banjir di Sri Lanka, Indonesia, Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
MOSKO: Kesatuan Eropah (EU) telah menyalurkan EUR2.1 juta (S$3.1 juta) sebagai bantuan kecemasan bagi mangsa banjir di Sri Lanka, Indonesia dan Thailand, menurut Suruhanjaya Eropah pada Selasa (9 Dis), lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Sebagai respons terhadap banjir dahsyat yang melanda Sri Lanka, Indonesia dan Thailand, EU telah menyalurkan EUR2.1 juta dalam bantuan kecemasan bagi kawasan yang paling terjejas.
"Pembiayaan ini bertujuan menyediakan bantuan penting kepada komuniti yang paling rentan," menurut kenyataan itu.
Sebanyak EUR1.5 juta (S$2.2 juta)akan menyokong usaha bantuan di Sri Lanka, termasuk EUR500,000 (S$753,755) yang disalurkan melalui Tabung Kecemasan Tindak Balas Bencana Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, menurut kenyataan itu.
Tambahan EUR600,000 (S$904,506) akan membantu rakan kemanusiaan di Indonesia dan Thailand, diagihkan sama rata antara kedua-dua negara, kata suruhanjaya itu.
Banjir teruk di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara pada November dan Disember tahun ini menyebabkan perpindahan besar-besaran serta kerosakan infrastruktur yang meluas, sekali gus membebankan ekonomi negara dan sistem tindak balas bencana.
Angka korban meningkat kepada 950 di Indonesia, melebihi 600 di Sri Lanka dan sekurang-kurangnya 276 di Thailand.

Sumber : Bernama/HA/nj
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.