EU salur bantuan 1 juta Euro kepada Maghribi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/FADEL SENNA)
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan menyediakan 1 juta Euro (S$1.5 juta) kepada Maghribi bagi menyokong usaha bantuan di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.
Demikian menurut pengumuman Suruhanjaya Eropah pada Isnin (11 Sep), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kerana EU bersatu dengan rakyat Maghribi, kami mengeluarkan pembiayaan sebanyak 1 juta Euro untuk membantu memenuhi keperluan mendesak penduduk," menurut Pesuruhjaya Krisis EU Janez Lenarcic dalam satu kenyataan.
"EU tetap bersedia untuk membantu Maghribi dengan apa jua cara yang diperlukan pada tempoh sukar ini," tambah Encik Lenarcic.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.