EU rancang tidak lanjut kontrak vaksin AstraZeneca, J&J pada 2022
Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak bekalan vaksin COVID-19 AstraZeneca dan Johnson & Johnson (J&J) berikutan laporan kesan sampingan masalah darah beku, lapor Sputnik.
Bebuli vaksin COVID-19 AstraZeneca. (Gambar: REUTERS/Yves Herman/File Photo)
ROM: Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak bekalan vaksin COVID-19 AstraZeneca dan Johnson & Johnson (J&J) berikutan laporan kesan sampingan masalah darah beku, lapor Sputnik.
Sebaliknya blok itu akan menggunakan vaksin berasaskan RNA, seperti yang dibangunkan Pfizer dan Moderna, menurut akhbar Itali La Stampa pada Rabu (14 Apr) memetik sumber kementerian kesihatan.
Pada Selasa (13 Apr), Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan penggunaan vaksin J&J dihentikan susulan enam kes darah beku.
Berikutan itu, syarikat Amerika Syarikat berkenaan mengumumkan untuk menangguhkan pelancaran vaksin yang dirancang di Eropah.
Bulan lalu, vaksin AstraZeneca mencetuskan kebimbangan selepas dilaporkan menyebabkan darah beku.
Meskipun laporan pengawal selia EU mengesahkan trombosis pasca-suntikan adalah kesan sampingan yang "sangat jarang", sebilangan negara melarang penggunaannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.