Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU rancang kenakan sekatan terhadap 7 firma China disyaki sokong tentera Rusia

Anggaran Waktu Membaca:

MOSKO: Kesatuan Eropah (EU) bercadang untuk mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat China yang didakwa menyokong operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, lapor Sputnik.

Menurut akhbar Financial Times pada Ahad (6 Mei), EU menyenarai tujuh pengeluar teknologi elektronik China kerana menjual peralatan kepada Rusia untuk digunakan dalam senjata, namun tindakan masih belum dibincangkan oleh ahli EU.

"Memandangkan komponen elektronik yang membolehkan ia digunakan tentera Rusia, adalah wajar untuk memasukkan entiti tertentu di negara ketiga yang terlibat dalam mengelakkan sekatan perdagangan serta entiti Rusia tertentu yang terlibat dalam pembangunan, pengeluaran dan pembekalan komponen elektronik untuk ketenteraan dan perindustrian Rusia," menurut cadangan Suruhanjaya Eropah, dipetik oleh Financial Times.

Senarai syarikat yang akan dikenakan sekatan termasuk 3HC Semiconductors dan King-Pai Technology, yang sudah dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS). 

Sinno Electronics and Sigma Technology yang berpangkalan di Hong Kong pula diletakkan dalam senarai Perbendaharaan AS - bermakna mana-mana individu dan syarikat AS dilarang melakukan sebarang urusan dengan syarikat tersebut.

Senarai sekatan yang berkemungkinan meningkatkan lagi ketegangan dalam hubungan dengan China, juga termasuk beberapa syarikat Iran kerana membekalkan dron kepada Rusia dan mencadangkan agar kapal tangki minyak dikenakan sekatan.

Senarai sekatan baru itu perlu diluluskan sebulat suara oleh 27 negara anggota EU.

Duta EU dijangka membincangkan senarai sekatan baru yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Eropah pada 10 Mei, menurut laporan Politico pada Jumaat (5 Mei).

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan