Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU nilai guna vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak

Pengawal selia ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan pada Isnin (18 Okt) bahawa ia sudah mula menilai penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
EU nilai guna vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 11:47PM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 11:48PM

REUTERS: Pengawal selia ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan pada Isnin (18 Okt) bahawa ia sudah mula menilai penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun.

Pfizer dan rakannya dari Jerman, BioNTech, minggu lalu menyerahkan data yang menyokong penggunaan vaksin mRNA bagi kanak-kanak kecil.

Vaksin itu didapati mendorong tindak balas imun yang kuat dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dalam ujian klinikal melibatkan 2,268 peserta, umum syarikat itu bulan lalu.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) menyatakan ia akan mengkaji data yang berkaitan dengan vaksin itu, yang dikenali sebagai Comirnaty, termasuk dapatan dari satu kajian klinikal yang sedang dijalankan.

Vaksin tersebut buat masa ini tidak dibenarkan bagi kumpulan umur tersebut. Bagaimanapun, ia sudah dibenarkan untuk digunakan bagi kanak-kanak berusia lebih 12 tahun di Amerika Syarikat dan EU.

Meskipun kanak-kanak kurang berisiko menghidap sakit teruk akibat COVID-19, mereka boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain, termasuk penduduk lebih berisiko terkena penyakit teruk.

Pandangan jawatankuasa ubat-ubatan manusia EMA akan diserahkan kepada Suruhanjaya Eropah, yang akan membuat keputusan muktamad berhubung hal itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan