Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU lanjutkan Brexit 6 bulan

Pemimpin Eropah bersetuju dengan Britain untuk melanjutkan Brexit sehingga enam bulan. Ia sekali gus menyelamatkan benua tersebut daripada kekecohan pengunduran tanpa sebarang perjanjian pada hujung minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
EU lanjutkan Brexit 6 bulan

(Gambar: AFP/Daniel LEAL-OLIVAS)

Diterbitkan : 11 Apr 2019 06:57PM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 07:00PM

BRUSSELS: Pemimpin Eropah bersetuju dengan Britain untuk melanjutkan Brexit sehingga enam bulan. Ia sekali gus menyelamatkan benua tersebut daripada kekecohan pengunduran tanpa sebarang perjanjian pada hujung minggu ini.

Perjanjian yang dicapai ketika rundingan lewat malam di Brussles bermakna, jika London kekal dalam Kesatuan Eropah (EU) selepas 22 Mei, pengundi Britain akan terpaksa mengambil bahagian pada pilihan raya Eropah, atau meninggalkan blok itu pada 1 Jun.

Perdana Menteri Britain, Theresa May, berkata beliau akan berusaha membuatkan perjanjian Brexit diluluskan Parlimen bagi memastikan kelancaran proses perpisahan. Tambah Cik May, matlamat beliau adalah untuk berundur ‘secepat mungkin’.

Seramai 27 lagi pemimpin EU lain bertemu tanpa Cik May dalam majlis makan malam untuk berbincang mengenai apa yang disifatkan Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk sebagai ‘lanjutan fleksibel sehingga 31 Oktober’.

Cik May kemudian kembali untuk bersetuju dengan tarikh akhir baru itu.

Beliau akan memberi ucapan di Parlimen hari ini (11 Apr) sebelum pegawainya bertemu untuk rundingan seterusnya dengan parti pembangkang utama, Parti Buruh untuk cuba mencari jalan luar bagi meleraikan kebuntuan politik.

Tanpa lanjutan tarikh itu, Britain akan mengakhiri keanggotaannya dalam EU selama 46 tahun pada tengah malam esok tanpa perjanjian, meletakkan ekonomi kedua-dua pihak dalam risiko.

Encik Tusk mencadangkan penangguhan selama setahun, tetapi berkata: “Ia masih cukup untuk mencari penyelesaian terbaik. Jangan buang masa.”

Britain sudah mula merancang untuk mengambil bahagian dalam pengundian itu, tetapi Cik May memberitahu wartawan beliau berharap dapat kesepakatan parlimen pada 22 Mei untuk elak daripada mengambil bahagian pilihan raya EU.

Beliau pada mulanya minta penangguhkan sehingga 30 Jun, tetapi pemimpin EU bersetuju ia idtangguhkan dari 29 Mac hingga 12 April.

Pemimpin buruh, Jeremy Corbyn, mahu Britain terus kekal dalam kesatuan kastam EU, gagasan yang ditolak Cik May sebelumnya - tetapi disambut banyak negara di Eropah.

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan