EU kutuk langkah baharu Israel perluas penempatan haram di Tebing Barat
Anggaran Waktu Membaca:
ATHENS: Kesatuan Eropah (EU) mengutuk langkah terbaru Israel yang memperluas penempatan haram di Tebing Barat yang didudukinya.
"Kesatuan Eropah mengutuk rancangan pengesahan lima penempatan haram Israel dan pengumuman ribuan unit perumahan baharu di Tebing Barat yang diduduki," kata ketua dasar luar EU Josep Borrell dalam satu kenyataan pada Rabu (3 Jul).
Kenyataan itu juga menambah bahawa tindakan Israel dalam membangunkan penempatan di wilayah Palestin yang diduduki melanggar undang-undang antarabangsa, memperburuk ketegangan, dan merosakkan upaya menentukan penyelesaian dua negara.
EU mendesak Israel untuk membatalkan keputusan tersebut.
"Sejajar dengan pendirian bersama yang sudah lama ada dan Resolusi Dewan Keamanan PBB, EU tidak akan mengakui perubahan pada perbatasan sempadan tahun 1967, kecuali disetujui oleh pihak berkaitan," menurutnya.
Pandangan yang sama disuarakan Menteri Pembangunan Antarabangsa Belgium Caroline Genner.
"Perluasan baru penempatan Israel di Tebing Barat merupakan pelanggaran terhadap undang antarabangsa dan melemahkan penyelesaian dua-negara," katanya di platform X.
Tambahnya: "Masyarakat antarabangsa harus memberikan tekanan, menggunakan segala cara undang-undang yang dibolehkan, untuk menghentikan usaha meluaskan penempatan yang haram ini."
Kabinet Israel minggu lalu bersetuju dengan langkah-langkah yang bertujuan untuk "menghalalkan" daerah-daerah penempatan di Tebing Barat. Kabinet juga bersetuju untuk mengenakan sekatan terhadap Penguasa Palestin.
Pihak Berkuasa penyiaran rasmi Israel, KAN, melaporkan pada Jumat (28 Jun) bahawa Kabinet Keamanan bersetuju dengan rancangan untuk menghadang pengesahan bagi negara Palestin maupun langkah-langkah lain di pengadilan antarabangsa.
Rancangan tersebut termasuk tindakan terhadap Penguasa Palestin, pengesahan lima penempatan di Tebing Barat, dan pengeluaran tender untuk beribu-ribu unit rumah baharu di penempatan haram itu.
Selain itu, rancangan tersebut termasuk membatalkan permit dan elaun untuk pegawai Palestin, menyekat pergerakan mereka, dan menghalang pegawai kanan meninggalkan negara itu.
Langkah lain yang disetujui kabinet adalah menghapus kuasa eksekutif Penguasa Palestin di bahagian selatan Tebing Barat, menegakkan undang-undang terhadap pembangunan yang tidak sah, dan melindungi tapak warisan budaya dan kawasan persekitaran.
Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah haram.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.