Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU kuatkuasakan syarat ujian COVID-19 bagi pelawat dari China

Anggaran Waktu Membaca:
EU kuatkuasakan syarat ujian COVID-19 bagi pelawat dari China

Bendera Kesatuan Eropah (EU) di luar bangunan Suruhanjaya Eropah di Brussels pada 16 Jun 2022. (Gambar fail: Kenzo TRIBOUILLARD/AFP)

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) dijangka menguatkuasakan syarat ujian COVID-19 sebelum keberangkatan bagi pengunjung dari China, dalam masa beberapa hari lagi.

Para penasihat kesihatan dari 27 negara anggota EU bersetuju dengan satu pandangan awal di mana majoriti negara anggotanya, menyokong syarat ujian sebelum keberangkatan.

Jika EU mengambil keputusan tersebut, ia akan bercanggah dengan saranan dibuat sebelum ini oleh agensi kesihatan blok berkenaan.

Minggu lalu, EU menyatakan peraturan pemeriksaan sedemikian dan sekatan perjalanan tidak perlu diadakan.

Dalam pada itu, para pengunjung dari China kini perlu menunjukkan hasil ujian negatif untuk ke Korea Selatan dan Jepun.

Langkah yang bermula di Seoul pada Isnin (2 Jan) itu sudah menyaksikan lebih 20 peratus kes positif dikesan.

Malah, pihak berkuasa Korea Selatan kini sedang mencari seorang warga China yang diuji positif COVID-19.

Lelaki itu dilaporkan hilang semasa menunggu di sebuah kemudahan kuarantin.

Sementara itu, pihak berkuasa Jepun mengukuhkan sekatan terhadap China dengan langkah tambahan diambil.

Ia termasuk perlunya hasil ujian negatif sebelum berangkat bagi para pengunjung yang melakukan perjalanan langsung dari China.

Negara-negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Thailand bagaimanapun tidak akan mengambil langkah serupa.

Sebaliknya, langkah sedia ada yang dikenakan ke atas semua pengunjung yang datang akan diteruskan.

Pihak berkuasa Thailand menyatakan negara itu menjangkakan sekurang-kurangnya lima juta warga China masuk ke negara tersebut tahun ini.

Namun, Bangkok tidak meramalkan lonjakan jumlah ketibaan disebabkan jumlah penerbangan yang terhad serta harga yang meningkat.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan