EU kecam serangan ke atas pejabat ICRC di Gaza, gesa siasatan bebas
Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu (21 Jun) mengutuk serangan yang merosakkan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Carikan Gaza baru-baru ini, mengakibatkan puluhan mangsa terbunuh.
Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menerusi catatan di X menekankan keperluan untuk mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab melalui siasatan bebas, lapor Agensi Anadolu.
Borrell menegaskan kepentingan melindungi orang awam, sambil menegaskan langkah sedemikian merupakan kewajipan di bawah Konvensyen Geneva dengan "semua pihak terlibat dalam konflik itu terikat" untuk mematuhinya.
Gesaan EU untuk akauntabiliti menekankan keperluan mendesak demi memastikan ICRC boleh meneruskan usaha kemanusiaannya dengan selamat.
Pertubuhan itu memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan dan bantuan kepada mangsa konflik, serta akses kepada tahanan, di bawah rangka kerja Konvensyen Geneva.
ICRC melaporkan bahawa pejabatnya di Gaza yang dikelilingi oleh ratusan orang awam yang kehilangan tempat tinggal, mengalami kerosakan pada Jumaat (21 Jun) akibat serangan berhampiran.
Kejadian itu menyebabkan ramai mangsa dimasukkan ke hospital sementara Palang Merah berhampiran, dengan kemudahan itu menerima 22 jenaza dan 45 orang cedera.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.