Skip to main content

Dunia

EU ikrar bantu pelarian Syria pulang ke tanah air dengan selamat

Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU), yang kini dalam rangka lawatan ke Lubnan, pada Isnin (25 Feb) berkata bahawa Kesatuan Eropah (EU) akan menyediakan sokongan politik dan bantuan ekonomi yang diperlukan bagi menjaminkan agar para pelarian Syria selamat pulang ke tanah air mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
EU ikrar bantu pelarian Syria pulang ke tanah air dengan selamat

Kesatuan Eropah akan menyediakan sokongan politik dan bantuan ekonomi yang diperlukan bagi menjaminkan agar para pelarian Syria selamat pulang ke tanah air mereka. (Gambar: Jamal Said/Reuters)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 12:14PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 12:22PM

BEIRUT: Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU), yang kini dalam rangka lawatan ke Lubnan, pada Isnin (25 Feb) berkata bahawa Kesatuan Eropah (EU) akan menyediakan sokongan politik dan bantuan ekonomi yang diperlukan bagi menjaminkan agar para pelarian Syria selamat pulang ke tanah air mereka. Demikian menurut laporan agensi berita China Xinhua, yang memetik Agensi Berita Nasional (NNA).

"Setiap kali bertemu pelarian Syria, saya mendengar mengenai kesediaan mereka untuk kembali ke tanah tumpah darah dalam keadaan selamat," kata Federica Mogherini, Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan.

EU akan terus berusaha menghuraikan krisis pelarian dengan cara yang diplomatik, kata Cik Mogherini.

Beliau membuat kenyataan itu semasa satu sidang media yang diadakan bersama Menteri Luar Lubnan Gebran Bassil di Beirut.

Awal sebelum itu, Cik Mogherini tiba di Lubnan bagi merasmikan sebuah ibu pejabat baru di Beirut sempena sambutan ulang tahun ke-40 operasi keamanan EU di negara itu.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita