Skip to main content

Dunia

EU gesa genjatan senjata Rusia-Ukraine bagi mudahkan eksport bijirin

Anggaran Waktu Membaca:
EU gesa genjatan senjata Rusia-Ukraine bagi mudahkan eksport bijirin

(Gambar: Oleksandr Gimanov/AFP)

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) sedang mendesak untuk mengadakan gencatan senjata di Ukraine bagi membolehkan berjuta-juta tan bijirin dieksport, kata Ketua Dasar Luar EU pada Isnin (20 Jun). 

Krisis Ukraine mencetuskan kesan yang serius terhadap bekalan makanan dunia, kata Wakil Tinggi bagi Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan EU Josep Borrell kepada media selepas mengadakan mesyuarat Majlis Ehwal Luar bersama dengan menteri-menteri luar EU. 

Beliau menolak dakwaan Rusia seolah-olah situasi tersebut disebabkan oleh langkah-langkah sekatan EU dan menegaskan bahawa andaian tersebut tidak benar sama sekali, lapor agensi berita Xinhua. 

Encik Borrell juga menarik perhatian bahawa semasa mengadakan mesyuarat di Luxembourg, menteri-menteri EU turut meneliti bantuan ketenteraan EU yang dihulurkan kepada Ukraine dan bantuan daripada setiap negara anggota. 

"Semua negara anggota terlibat dalam usaha ini dan kami akan menyokong Ukraine selagi diperlukan. Pada masa yang sama, kami mengusulkan genjatan senjata ini bagi membolehkan eksport makanan," katanya. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita