Skip to main content

Dunia

EU gandakan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Ketua Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen berkata pada Sabtu (14 Okt) bahawa blok itu akan 'serta merta' menambah bantuan kemanusiaannya sebanyak "tiga kali ganda" bagi membantu orang awam di Gaza.

Menurut EU, keputusan itu dibuat selepas Cik Von der Leyen bercakap dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, lapor Agensi Anadolu.

"Pihak Suruhanjaya akan serta-merta menambah bantuan kemanusiaan kepada Gaza sebanyak 50 juta euro (S$72.06 juta). Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan kami kepada lebih 75 juta euro (S$108.09 juta)," katanya, menurut kenyataan itu.

"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan PBB dan agensinya untuk memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang memerlukan di Carikan Gaza," tambah Cik Von der Leyen
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita