Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU, China setuju mulakan rundingan berhubung rancangan kenakan cukai bagi kenderaan elektrik

Anggaran Waktu Membaca:
EU, China setuju mulakan rundingan berhubung rancangan kenakan cukai bagi kenderaan elektrik

(Gambar fail: Robert LEVER / AFP)

Diterbitkan : 23 Jun 2024 12:25PM Dikemas Kini : 23 Jun 2024 12:27PM
SHANGHAI: China dan Kesatuan Eropah (EU) telah bersetuju untuk memulakan rundingan berhubung rancangan blok serantau itu untuk mengenakan cukai ke atas kenderaan elektrik (EV) dari China.

Butiran lanjut belum diumumkan setakat ini.

Keputusan itu diambil selepas EU minggu lalu mengenakan cukai setinggi 48 peratus ke atas EV dari China.

Tindakan itu memburukkan ketegangan antara EU dengan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Blok serantau itu telah memulakan beberapa siasatan ke atas China, sambil menukil amalan perdagangan yang tidak adil seperti subsidi peringkat wilayah yang berlebihan.

Ia menyebabkan Beijing untuk bertindak balas dengan pelbagai ancaman yang menyasarkan barangan Eropah.

Rundingan itu diusahakan sedang Naib Canselor Jerman Robert Habeck mengadakan lawatan ke China.

Awal dari itu, beliau berkata EU terbuka untuk berbincang dan menekankan bahawa cukai yang diusulkan EU itu bukanlah satu hukuman.

Ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China berkata cukai EU akan membahayakan kedua-dua pihak dalam jangka masa panjang, dan menyasarkan "naratif palsu" blok itu terhadap kapasiti berlebihan.

Satu lagi titik ketegangan antara Beijing dan Berlin adalah sokongan China terhadap Rusia dalam peperangannya di Ukraine.

Jerman menyatakan bahawa sokongan China terhadap Rusia menjejaskan hubungan ekonomi mereka, menyatakan bahawa perdagangan China dengan Rusia meningkat lebih daripada 40 peratus tahun lalu.
Sumber : Agensi berita/AY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan