EU bincang sistem pertahanan "tembok dron" di Sempadan Timur
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
BRUSSELS: Sistem pertahanan dron yang akan dibangunkan di sempadan timur Kesatuan Eropah (EU) turut bertujuan membangunkan keupayaan serangan, menurut cadangan Suruhanjaya Eropah dalam satu konsep yang didedahkan pada Isnin (29 Sep), lapor agensi berita Jerman dpa.
Kertas itu merangkumi rancangan untuk mewujudkan keupayaan bagi menyerang sasaran darat dengan serangan tepat menggunakan teknologi dron.
Keupayaan itu akan melengkapi zon berlapis-lapis dengan keupayaan mengesan, menjejak dan meneutralkan dron.
Draf kertas itu akan menjadi asas kepada perbincangan pada sidang puncak tidak rasmi EU pada Rabu (1 Okt).
Ia juga mengandungi cadangan awal bagi projek persenjataan semula dalam bidang lain.
Langkah baharu untuk melindungi perkapalan di Laut Baltik dan Laut Hitam serta dalam aspek pertahanan darat turut sedang dipertimbangkan.
Konsep bagi sistem pertahanan dron yang jauh lebih berkesan di sempadan timur EU melalui apa yang disebut sebagai “tembok dron” dibangunkan sejak beberapa bulan lalu.
Dari sudut pandangan perancang, pencerobohan besar-besaran dron Rusia ke ruang udara Poland kira-kira tiga minggu lalu menunjukkan betapa perlunya sistem itu.
Peristiwa terbaharu di Denmark, apabila dron yang tidak dikenal pasti melumpuhkan lapangan terbang selama beberapa jam, turut dilihat sebagai bukti tambahan tentang keperluan keupayaan baharu tersebut.
Bagi memastikan “tembok dron” itu berfungsi dengan paling berkesan, Suruhanjaya Eropah mahu membina berdasarkan pengalaman yang diperoleh di Ukraine serta melibatkan syarikat pemula dan universiti di samping syarikat pertahanan sedia ada.
Sistem itu juga dirancang agar boleh digunakan sekiranya berlaku ancaman daripada bencana alam, migrasi tidak diingini atau jenayah rentas sempadan terancang.
Untuk tujuan itu, pelbagai pusat operasi di seluruh Eropah boleh bekerjasama secara bersepadu, menurut pegawai suruhanjaya.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.