Skip to main content

Dunia

EU bantu Greece tangani kebakaran hutan dahsyat

Anggaran Waktu Membaca:
EU bantu Greece tangani kebakaran hutan dahsyat

Para anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di beberapa kawasan Peloponnese (Gambar: Angelos TZORTZINIS)

Diterbitkan : 27 Jul 2025 05:50PM Dikemas Kini : 27 Jul 2025 05:51PM
  • Greece sedang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan yang menimpakan kerosakan terhadap rumah-rumah dan memaksa para penduduk berpindah untuk hari kedua pada Ahad (27 Jul).
  • Kebakaran masih marak pada pagi Ahad di kawasan Peloponnese yang bahagian barat ibu negara Greece serta di pulau-pulau Evia dan Kythera, dengan pesawat dan helikopter menyambung semula usaha memadamkan kebakaran di beberapa bahagian negara itu pada awal pagi tadi.
  • "Hari ini dijangkakan hari yang sukar dengan risiko sangat tinggi berlaku kebakaran, hampir di seluruh wilayah ini," kata jurucakap briged bomba Vassilis Vathrakogiannis pada Ahad, walaupun beliau menambah keadaan semakin bertambah baik.
  • Greece sebelum ini meminta bantuan daripada sekutunya EU dan dua pesawat Itali dijangka tiba pada Ahad (27 Julai), menurut pasukan bomba daripada unit Republik Czech.
Dijana oleh AI
ATHENS: Greece sedang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan yang menimpakan kerosakan terhadap rumah-rumah dan memaksa para penduduk berpindah untuk hari kedua pada Ahad (27 Jul).

Bantuan dari pasukan bomba Czech dan pesawat Itali pula dijangka tiba kemudian.

Kebakaran masih marak pada pagi Ahad di kawasan Peloponnese yang bahagian barat ibu negara Greece serta di pulau-pulau Evia dan Kythera, dengan pesawat dan helikopter menyambung semula usaha memadamkan kebakaran di beberapa bahagian negara itu pada awal pagi tadi.

"Hari ini dijangkakan hari yang sukar dengan risiko sangat tinggi berlaku kebakaran, hampir di seluruh wilayah ini," kata jurucakap briged bomba Vassilis Vathrakogiannis pada Ahad, walaupun beliau menambah keadaan semakin bertambah baik.

Pasukan pengkaji cuaca meramalkan angin kencang yang menyebabkan api bertambah marak pada Ahad akan mula reda pada Ahad.

Namun ia turut memberi amaran bahawa Kythera, sebuah pulau destinasi pelancongan dengan 3,600 penduduk, masih berdepan cuaca berangin yang sangat membimbangkan.

Amaran berpindah sudah pun dikeluarkan kepada penduduk pulau itu, yang terletak di penjuru tenggara Peloponnese.

Greece sebelum ini meminta bantuan daripada sekutunya EU dan dua pesawat Itali dijangka tiba pada Ahad (27 Julai), menurut pasukan bomba daripada unit Republik Czech.
Sumber : Agensi berita/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita