Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU akan balas pengumuman tarif terkini Donald Trump

Kesatuan Eropah (EU) akan memberi tindak balas kepada pengumuman tarif terkini oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, kata Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot pada Isnin (10 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
EU akan balas pengumuman tarif terkini Donald Trump

Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Feb 2025 06:46PM Dikemas Kini : 10 Feb 2025 06:47PM
PARIS: Kesatuan Eropah (EU) akan memberi tindak balas kepada pengumuman tarif terkini oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, kata Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot pada Isnin (10 Feb).

Encik Barot memberitahu saluran televisyen TF1 bahawa Perancis dan rakan-rakan kongsi Eropah tidak teragak-agak untuk mempertahankan kepentingan masing-masing daripada ancaman tarif Amerika.

Encik Trump berkata pada Ahad beliau akan memperkenalkan tarif 25 peratus terhadap import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, di samping cukai sedia ada terhadap import besi.

Ia merupakan peningkatan terkini dalam rombakan dasar perdagangannya.

Apabila ditanya jika Perancis dan Kesatuan Eropah akan bertindak balas, Encik Barrot berkata: "Tentu sekali... Inilah apa yang Donald Trump lakukan pada 2018, dan kami memberi tindak balas. Kami akan memberi tindak balas sekali lagi."

Suruhanjaya Eropah akan menentukan sektor-sektor yang akan terjejas oleh tindak balas itu, katanya.

"Pihak Suruhanjaya bersedia untuk melaksanakan langkah itu apabila tiba masanya. Kini sudah tiba masanya. Ia bukan dalam kepentingan sesiapa pun untuk memulakan perang komersial dengan Kesatuan Eropah," katanya.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan