Eropah alami cuaca sejuk melampau; Belanda dilanda ribut salji terburuk dalam sedekad
Negeri Belanda sedang mengalami musim sejuk terburuk dalam masa 10 tahun.
(Gambar: AP Photo)
AMSTERDAM: Negeri Belanda sedang mengalami musim sejuk terburuk dalam masa 10 tahun.
Bahkan agensi kaji cuaca negara itu meramalkan suhu akan turun ke paras 20 darjah Selsius bawah sifar malam esok (13 Feb).
Bagaimanapun keadaan 'beku' itu dijangka berakhir lusa apabila arus udara panas dari barat daya diramal bergerak ke Belanda.
Selain Belanda, banyak lagi bahagian tengah dan utara Eropah mengalami cuaca amat sejuk sejak hujung minggu lalu.
Cuaca amat sejuk itu sudah tentu mengganggu kegiatan harian para penduduk.
Namun pada masa yang sama ia juga menyediakan peluang untuk orang ramai bersuka ria.
Britain pula mengalami cuaca sejuk paling buruk dalam masa 26 tahun.
Negara itu dilanda arus udara sejuk dari wilayah Siberia, di Rusia.
Suhu di kawasan tanah tinggi Scotland jatuh ke paras 23 darjah Selsius bawah sifar pagi semalam.
Paras suhu itu yang terendah sejak tahun 1995.
Perkhidmatan Kaji Cuaca Britain juga menyatakan suhu di negara itu malam semalam adalah yang paling rendah bagi bulan Februari sejak 23 Februari tahun 1955.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.