Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Erdogan ubah satu lagi bekas gereja jadi masjid di Turki

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat (21 Ogos) mengarahkan sebuah lagi gereja lama Ortodoks yang dijadikan sebagai sebuah masjid dan kemudian sebagai sebuah muzium yang popular di Istanbul ditukar semula menjadi sebuah tempat ibadah bagi umat Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Erdogan ubah satu lagi bekas gereja jadi masjid di Turki

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 Aug 2020 09:34AM Dikemas Kini : 22 Aug 2020 09:41AM

ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat (21 Ogos) mengarahkan sebuah lagi gereja lama Ortodoks yang dijadikan sebagai sebuah masjid dan kemudian sebagai sebuah muzium yang popular di Istanbul ditukar semula menjadi sebuah tempat ibadah bagi umat Islam.

Keputusan untuk mengubah Muzium Kariye menjadi sebuah masjid dibuat sebulan selepas transformasi Hagia Sophia, sebuah tapak warisan UNESCO,yang juga merupakan bekas sebuah gereja, diubah menjadi masjid.

Kedua-dua perubahan itu mencerminkan usaha Encik Erdogan untuk mengukuhkan sokongan daripada para penyokongnya yang bersifat konservatif dan nasionalis di saat Turki sedang bergelut dengan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi disebabkan oleh COVID-19.

Langkah tersebut bagaimanapun akan meningkatkan lagi ketegangan antara Turki dengan Greece dan gereja-geraja Ortodoks di negara itu.

Kementerian Luar Greece menyifatkan keputusan itu sebagai "satu lagi provokasi terhadap para individu yang beragama" oleh pemerintah Turki.

Sejarah bangunan berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan Hagia Sophia yang terletak di bahagian barat muara Golden Horn di bahagian Istanbul yang terletak berdekatan dengan Eropah.

Gereja The Holy Saviour di Chora itu adalah sebuah gereja purba zaman Byzantin abad ke-14 yang dihiasi dengan lukisan dinding yang amat dihargai oleh dunia Kristian.

Ia kemudian ditukar menjadi Masjid Kariye setengah abad selepas penaklukan Konstantaniah oleh Empayar Uthmaniyyah Turki pada 1453.

Ia kemudian diubah menjadi Muzium Kariye selepas Perang Dunia Kedua, sedang Turki menubuhkan sebuah negara yang lebih sekular daripada pengaruh Empayar Uthmaniyyah.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan