Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Erdogan rasmikan masjid terbesar Turki di Istanbul

Presiden Turki Tayyip Erdogan mengutuk serangan maut di tempat-tempat ibadah ketika beliau merasmikan masjid terbesar negara itu, Camlica, di Istanbul pada Jumaat (3 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Erdogan rasmikan masjid terbesar Turki di Istanbul

Masjid Camlica di Istanbul dibuka pada 7 Mac 2019. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 May 2019 02:00PM Dikemas Kini : 04 May 2019 02:02PM

ISTANBUL: Presiden Turki Tayyip Erdogan mengutuk serangan maut di tempat-tempat ibadah ketika beliau merasmikan masjid terbesar negara itu, Camlica, di Istanbul pada Jumaat (3 Mei).

Encik Erdogran berkata orang yang mendalangi serangan pengeboman, menyasarkan masjid-masjid dan gereja-gereja adalah "musuh bersama seluruh umat manusia."

Lebih 250 orang terbunuh di Sri Lanka pada 21 April lalu dalam siri serangan letupan menyasarkan gereja-gereja dan hotel-hotel sedang orang ramai berkumpul bagi sambutan Easter.

Polis Sri Lanka mengesyaki para anggota dua kumpulan militan Islam berpangkalan di negara itu yang kurang dikenali umum sebelum ini - National Thawheedh Jamaath (NTJ) dan Jammiyathul Millathu Ibrahim, bertanggungjawab di atas serangan-serangan tersebut.

Encik Erdogan berkata para penyerang berkongsi "daya pemikiran yang gelap" dalam ucapannya ketika membuka rasmi masjid baru Turki.

Masjid Camlica di Istanbul, Turki. (Gambar: AFP)

Kerja binaan Masjid Camlica bermula pada 2013 dan dirancang untuk dibuka tahun lalu. Bagaimanapun, kelengahan dalam kerja binaan menyebabkan tarikh pembukaan tertunda.

Para jemaah yang hadir ke acara perasmian pada Jumaat termasuk pengunjung dari Bosnia-Herzegovina, Senegal dan Guinea.

Menurut para pegawai, masjid baru itu boleh menampung 74,000 jemaah kesemuanya di dalam dan sekitar pekarangan masjid.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan