Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turki, lanjutkan pemerintahan 5 tahun lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turki, lanjutkan pemerintahan 5 tahun lagi

(Gambar: AFP/Murat Cetin Muhurdar/TURKISH PRESIDENTIAL PRESS SERVICE)

ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan akan kembali berkuasa selama lima tahun lagi selepas menang pusingan kedua Pilihan Raya Presiden pada Ahad (28 Mei).

Selepas lebih 99 peratus kotak undi dibuka, Ketua Lembaga Suruhanjaya Tinggi Pilihan Raya Turki Ahmet Yener berkata Presiden Erdogan meraih 52.14 peratus undi.

Pencabarnya, Kemal Kilicdaroglu, yang berfahaman sekular pula mendapat 47.86 peratus undi.

Inilah kali pertama pusingan kedua pengundian perlu diadakan dalam pilihan raya Presiden Turki.

Presiden Erdogan, yang berusia 69 tahun, sudah memerintah negara tersebut selama 20 tahun.

Beliau masih menjadi pilihan rakyat Turki walaupun negara itu sedang mengalami beberapa masalah besar termasuk krisis ekonomi yang terburuk dalam masa satu generasi.

Para pemimpin dunia termasuk dari Arab Saudi, Amerika Syarikat, Rusia, Jerman dan Britain mengucapkan tahniah kepada Presiden Erdogan.

Presiden Erdogan menyifatkan keputusan pilihan raya itu sebagai kekalahan kepada pertubuhan pengganas dan kemenangan bagi semua rakyat Turki.

Beliau juga berjanji akan mengetepikan semua persengketaan dan menyatukan negara itu berlandaskan nilai-nilai dan impian Turki.

Pilihan raya kali ini disifatkan paling penting buat Turki.


Pembangkang sebelum ini yakin ada peluang untuk menyingkirkan Encik Erdogan selepas kemerosotan popularitinya, gara-fara krisis kos sara hidup.

Sebaliknya, kemenangan ini akan mengukuhkan lagi imej beliau selepas menggubal semula dasar domestik, ekonomi, keselamatan dan dasar luar di negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu, yang mempunyai 85 juta penduduk.
 

Sumber : Agensi berita/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan