Skip to main content

Dunia

Erdogan janji peralihan kuasa aman jika kalah dalam pilihan raya

Anggaran Waktu Membaca:
Erdogan janji peralihan kuasa aman jika kalah dalam pilihan raya

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 13 May 2023 09:17PM Dikemas Kini : 13 May 2023 09:18PM
ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata beliau akan menerima apa jua keputusan pengundian Ahad ini (14 Mei) dan berundur jika kalah, sekali gus menafikan kebimbangan yang beliau mungkin enggan melepaskan kuasanya, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

"Soalan yang tidak masuk akal... Kami berkuasa menerusi demokrasi di Turki... Jika negara memutuskan sebaliknya, saya akan melakukan mengikut kehendak demokrasi, tiada apa lagi yang dapat dilakukan.

“Blok saya akan menghormati apa jua keputusan...," kata Encik Erdogan sebagai reaksi kepada persoalan sama ada beliau mahu terus berkuasa, seperti disiarkan stesen televisyen tempatan.

Beliau berkata jika pembangkang bimbang tentang keselamatan pilihan raya, mereka harus memantau semua pusat mengundi dan "memastikan keselamatan" seperti yang dilakukan oleh ahli parti yang diterajui Encik Erdogan.

"Kehendak negara tidak boleh dikompromi," tegas Encik Erdogan.

Encik Erdoğan turut menyuarakan keyakinannya yang beliau akan dipilih semula serta memperoleh majoriti parlimen.

Selepas 20 tahun menerajui Turki, Encik Erdogan menghadapi ujian pilihan raya yang paling sukar di tengah-tengah kemarahan rakyat terhadap masalah ekonomi, cara pemerintah menguruskan bencana gempa bumi dahsyat pada Februari selain isu kira-kira 3.5 juta pelarian Syria.

Calon pembangkang, Kemal Kılıçdaroğlu, kini dilihat mendahului pemilihan presiden.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita