Erdogan, Imran Khan selar Macron; usul Macron jalani pemeriksaan mental
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sekali lagi mengusulkan agar Presiden Perancis Emmanuel Macron menjalani 'pemeriksaan mental'.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. (Gambar: Reuters)
ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sekali lagi mengusulkan agar Presiden Perancis Emmanuel Macron menjalani 'pemeriksaan mental'. Sindiran itu mendorong Paris untuk memanggil pulang dutanya di Ankara.
Pemimpin Turki itu turut menuduh Encik Macron 'terlalu taksub dengan dirinya (Erdogan)', dalam ucapan yang disampaikan di bandar Malatya yang turut disiarkan di televisyen kepada seluruh negara.
"(Macron) benar-benar perlu menjalani pemeriksaan (mental)," katanya.
Hubungan antara Encik Macron dan Encik Edrogan semakin tegang disebabkan oleh beberapa isu genting antaranya pertikaian maritim Greece-Turki dan konflik antara Armenia dengan Azerbaijan.
Diplomat Kanan Kesatuan Eropah, Josep Borel pula menyifatkan komen-komen Encik Erdogan pada Sabtu sebagai 'keterlaluan' dan menggesa Turki supaya "menghentikan sebarang provokasi".
Dasar-dasar Encik Macron bagi melindungi negaranya daripada fahaman pelampau mencetuskan kemarahan Turki.
Kemarahan terhadap kenyataan Macron mencetuskan tunjuk perasaan di beberapa negara majoriti Muslim, malah Presiden Pakistan Imran Khan turut menuduh Macron 'menyerang Islam' dalam Twitternya.
Di sempadan Gaza pula, para penduduk Palestin membakar gambar Encik Macron dan menyifatkan komennya sebagai "satu serangan dan penghinaan terhadap Islam."
"Kami mengkritik kenyataan Presiden Perancis itu dan sesiapa sahaja yang turut menghina Nabi Muhammad, melalui kata-kata, tingkah laku, kelakuan atau lukisan mereka, kata pemimpin Hamas, Maher al-Huli.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.