Erdogan angkat sumpah Presiden, majlis disertai wakil 78 negara
Anggaran Waktu Membaca:
Persiden Recep Tayyip Erdogan. (Gambar fail: AP)
ANKARA: Pegawai peringkat tinggi dari 78 negara dijadual menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu (3 Jun), lapor Agensi Anadolu.
Majlis perasmian di Kompleks Presiden akan dihadiri oleh 21 ketua negara, 13 Perdana Menteri, serta wakil peringkat parlimen dan menteri, dan wakil pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Negara-negara Turki (OTS), NATO dan Muktamar Islam (OIC).
Encik Erdogan akan mengangkat sumpah di Perhimpunan Kebangsaan Besar Turki pada 1400 waktu tempatan untuk memulakan penggal barunya.
Beliau akan menerima mandat daripada Speaker Sementara Grand National Assembly, Devlet Bahceli, dan dijangka mengumumkan barisan Kabinetnya selepas makan malam.
Encik Erdogan memenangi pilihan raya Presiden pusingan kedua pada Ahad lepas dengan memperoleh 52.18 peratus undi.
Calon pembangkang Kemal Kilicdaroglu memperoleh 47.82 peratus, menurut keputusan akhir yang dikeluarkan oleh Majlis Pilihan Raya Tertinggi negara itu.

Sumber : Bernama/SU/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.