Era baru "Reiwa" bermula di Jepun, hari ini
Era baru "Reiwa" bermula di Jepun, hari ini (1 Mei).

(Gambar: AFP)
TOKYO: Era baru "Reiwa" bermula di Jepun, hari ini (1 Mei).
Putera Mahkota Naruhito, 59 tahun, secara rasmi menaiki takhta diraja Jepun sebagai Maharaja baru.
Ini selepas Maharaja Akihito turun takhta sebagai Maharaja Jepun semalam (30 Apr), sekali gus menamatkan era "Heisei" selama tiga dekad.
Upacara itu juga menandakan kali pertama seorang Maharaja Jepun turun takhta, memberi laluan kepada raja baru, sejak lebih 200 tahun.
Naruhito merupakan Raja Jepun pertama yang mendapat pendidikan di luar negara.
Dalam ucapannya Maharaja Naruhito berikrar untuk menjalankan tanggungjawabnya kepada negara dan rakyat.
Beliau juga berjanji untuk meneruskan pengabdian bapanya kepada keamanan dan kepada rakyat.
Pertabalan Maharaja Naruhito itu juga menandakan bermulalah era empayar baru Jepun dipanggil "Reiwa", yang bermakna "harmoni indah".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.