Epidemik COVID-19 di China 'secara asasnya' sudah berakhir, tetapi bukan sepenuhnya

(Gambar: STR/AFP)
BEIJING: Pihak berkuasa kesihatan di China pada Khamis (23 Feb) menyatakan, epidemik COVID-19 di negara itu "secara asasnya" sudah berakhir, tetapi bukan sepenuhnya sedang ia melaporkan tujuh kes import varian XBB.1.5, yang mudah berjangkit sejak 8 Januari.
Semasa berucap di acara berita dengan kehadiran beberapa jabatan, para pegawai berkata, "kemenangan utama" China terhadap COVID-19 menjadi teladan bagi negara-negara ramai penduduk dari segi pencegahan dan kawalan.
Minggu lalu, para pemimpin kanan China mengisytiharkan "kemenangan" terhadap COVID-19, mendakwa ia mencatat kadar kematian terendah dunia, meskipun para pakar mempersoalkan data tersebut kerana virus itu baru-baru ini menular di seluruh negara setelah ia dicegah selama tiga tahun.
Negara tersebut memperkukuhkan sistem jagaan kesihatan sedang ia menjankakan virus itu merebak ke kawasan-kawasan perkampungan. Para pegawai di taklimat media pada Khamis turut berkata, katil jagaan kritikal ditambah kepada 404,000 daripada 198,000.
Para pegawai kesihatan dan pakar turut memantau subvarian Omicron XBB.1.5 selama beberapa bulan. Pada 4 Januari, data menunjukkan bahawa tiada varian baru ditemui di negara tersebut.
Para pegawai pada Khamis mendedahkan satu kes tempatan dengan varian XBB yang berkait kes import pada 3 Februari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.