Skip to main content

Dunia

England uji kaedah ujian darah bagi kesan 14 jenis barah lebih awal

England melancarkan ujian klinikal bagi menilai keberkesanan ujian darah mudah dalam membantu doktor keluarga mengesan 14 jenis barah lebih awal.

Anggaran Waktu Membaca:
England uji kaedah ujian darah bagi kesan 14 jenis barah lebih awal

Sampel darah ditunjukkan semasa program ujian antibodi di Birmingham, Britain, pada 5 Jun 2020. (Gambar fail: REUTERS/Simon Dawson/Pool)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 10:04AM
England tests blood test method to detect 14 types of cancer earlier
  • England has launched a clinical study of a blood test developed by the University of Birmingham and its partners to detect signs of 14 types of cancer and identify which parts of the body may be affected.
  • The test targets, among others, prostate, ovarian, bowel, pancreatic, stomach and liver cancers, which are often found at a late stage.
  • More than 20,000 patients aged at least 45 with abdominal symptoms such as bloating or persistent discomfort will be recruited through at least 200 NHS England General Practitioner (GP) clinics.
  • Using artificial intelligence and blood protein measurements, the study will assess its ability to identify patients who need urgent treatment, survival prospects and the potential for nationwide expansion, as Britain records a high cancer death rate among OECD countries.
Dijana oleh AI

LONDON: England melancarkan ujian klinikal bagi menilai keberkesanan ujian darah mudah dalam membantu doktor keluarga mengesan 14 jenis barah lebih awal.

Ujian darah yang dibangunkan oleh Universiti Birmingham bersama rakan-rakannya itu bertujuan mengesan tanda beberapa jenis barah menerusi sampel darah, selain mengenal pasti bahagian tubuh yang mungkin terjejas.

Antara barah yang disasarkan ialah barah prostat, ovari, usus, pankreas, perut dan hati, yang sering dikesan pada peringkat lewat.

Ujian klinikal itu akan melibatkan lebih 20,000 pesakit di sekurang-kurangnya 200 klinik doktor keluarga di bawah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) England.

Pesakit berusia 45 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan bagi gejala berkaitan perut, seperti kembung atau ketidakselesaan berpanjangan, boleh menyertai ujian tersebut.

Teknologi yang digunakan termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pengukuran paras protein dalam darah.

Kajian itu akan menilai sama ada ujian darah tersebut dapat membantu doktor mengenal pasti pesakit yang memerlukan rawatan segera dengan lebih cepat, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk terus hidup.

Hasil kajian juga akan menentukan sama ada kaedah itu sesuai diperluaskan ke seluruh negara.

Britain mencatatkan antara kadar kematian akibat barah tertinggi bagi setiap penduduk dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita