England bawa pulang 'Dave' dari Qatar

(Gambar: Martin Rickett/PA)
DOHA: Impian England untuk menjulang kejohanan Piala Dunia mungkin sudah musnah, tetapi dua pemain Manchester City, Kyle Walker dan John Stones, tidak mahu meninggalkan Qatar dengan tangan kosong - justeru, mereka akan membawa pulang seekor kucing jalanan yang sudah mesra dengan pasukan itu di pangkalan latihan.
England tumpas di tangan Perancis 2-1 pada suku akhir, Sabtu (10 Dis).
Kucing itu yang diberi nama Dave oleh Stones, perlu menjalani kuarantin selama empat bulan sebelum boleh tinggal bersama dua pemain City itu, lapor Reuters.
"Dia hanya berada di sana pada satu hari, jadi kami mengambilnya untuk dipelihara, saya dan Stonesy," kata Walker kepada saluran media rasmi persatuan bola sepak tersebut.
"Dave disambut baik oleh pasukan kami. Sesetengah daripada mereka tidak suka kucing, tetapi saya menyayanginya."
"Pada hari pertama kami tiba di sana, Dave timbul," kata Stones.
"Setiap malam, dia tunggu di sana untuk makanannya."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.