Enam polis didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki kulit hitam
Di Amerika Syarikat, sebuah panel juri di Baltimore memutuskan untuk mendakwa enam pegawai polis kerana menyebabkan kematian seorang lelaki kulit hitam ketika di penjara.
BALTIMORE: Sebuah panel juri di Baltimore telah memutuskan untuk mendakwa enam pegawai polis kerana menyebabkan kematian seorang lelaki kulit hitam ketika di penjara.
Kematian Freddie Gray, 25 tahun mencetuskan beberapa tunjuk perasaan secara aman yang berubah ganas selepas mayatnya dikebumikan pada 27 hari bulan lalu.
Tengkuk Gray didapati patah selepas dia digari, dirantai dan ditolak masuk ke dalam ruang sempit di belakang van polis meskipun dia merayu bagi bantuan perubatan.
Para pegawai itu dikenakan tuduhan tambahan, membahayakan nyawa selain pelbagai tuduhan lain termasuk bunuh, salah laku dan mencederakan Gray.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.