Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Enam negeri M'sia sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Enam negeri M'sia sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun

(Gambar: Facebook/ Amirudin Shari)

KUALA LUMPUR: Enam negeri sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Negeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memaklumkan, kata sepakat itu dicapai menerusi mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri terbabit pada Rabu (22 Feb), dipetik daripada Astro Awani.

“Secara ringkas, kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun 2023.

“Persefahaman ini sudah pasti akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook, lapor Astro Awani.

Tambah Encik Amirudin, beliau berharap bahawa persefahaman ini dapat memudahkan usaha rakyat untuk meraikan demokrasi kelak.

Menurut laporan Astro Awani itu lagi, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran DUN.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan