Skip to main content

Dunia

Enam maut selepas letupan musnahkan bangunan di Athens

Anggaran Waktu Membaca:
Enam maut selepas letupan musnahkan bangunan di Athens

Anggota pasukan kecemasan di lokasi sebuah bangunan lama yang sebahagiannya runtuh susulan satu letupan di Plaka, sebuah kawasan tumpuan pelancong di pusat bandar Athens, Greece, pada 25 September 2026. (Gambar: Reuters/Louisa Gouliamaki)

Diterbitkan : 26 Sep 2026 10:38PM
Six dead after explosion destroys building in Athens
  • Six people died after a two-storey residential building in Plaka, in central Athens, collapsed in an explosion on Friday.
  • Greek firefighters said the victims included an elderly couple and four American tourists who failed to show up for a flight from Athens.
  • Emergency teams used rescue dogs, cameras and detection equipment to clear the rubble and search for and recover the bodies.
  • The fire brigade's criminal investigation unit is investigating the cause of the explosion, following reports of a gas smell and a possible link to gas infrastructure in the tourist area.
Dijana oleh AI
ATHENS: Enam orang maut, menurut kenyataan pihak bomba Greece pada Sabtu (26 Sep), selepas sebuah bangunan kediaman dua tingkat di kawasan tumpuan pelancong di pusat bandar Athens runtuh akibat letupan yang menurut datuk bandar ibu kota itu mungkin terkait dengan infrastruktur gas.

Pasukan kecemasan yang memakai pakaian perlindungan lengkap serta topi keledar merah, dengan bantuan anjing penyelamat, kamera dan alat pengesan, menemui mayat enam individu, kata jurucakap bomba Vassilis Vathrakogiannis dalam satu taklimat yang disiarkan di televisyen. Mereka sedang mencari pasangan warga emas yang tinggal di salah sebuah unit pangsapuri itu dan empat pelancong yang menginap di unit lain sambil mengalihkan runtuhan bangunan tersebut.

Unit siasatan jenayah bomba turut berada di lokasi bagi mengenal pasti punca letupan susulan laporan mengenai bau gas di kawasan yang menempatkan banyak hotel dan penginapan sewa jangka pendek itu.

Pelancong terbabit, yang terdiri daripada dua pasangan warga Amerika, sepatutnya mendaftar keluar untuk menaiki penerbangan dari lapangan terbang Athens pada pukul 3.00 petang waktu tempatan pada Jumaat (8 malam waktu Singapura) tetapi mereka tidak muncul, menurut sumber polis.

Ambulans bersiap sedia pada Sabtu untuk membawa mayat-mayat berkenaan ke hospital bagi tujuan pengecaman.

Letupan pada hari Jumaat itu memusnahkan bangunan di Plaka, yang terletak berhampiran beberapa lokasi paling popular dikunjungi di Athens termasuk Acropolis dan Kuil Zeus. Ia merosakkan rumah, kedai dan kereta berhampiran serta menyebabkan serpihan bangunan dan kaca pecah bertaburan sehingga jarak sekitar 300m.

Bangunan itu musnah sehingga hanya tinggal cebisan logam yang bengkok, jubin serta konkrit yang hancur, dengan barangan rumah dan pakaian bertaburan di merata tempat.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita