Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Empat sekeluarga pengsan dalam kereta akibat kekurangan oksigen

Anggaran Waktu Membaca:
Empat sekeluarga pengsan dalam kereta akibat kekurangan oksigen

Gambar: Polis Bentong/Facebook

Diterbitkan : 25 Apr 2023 09:04AM Dikemas Kini : 25 Apr 2023 09:05AM

BENTONG: Empat sekeluarga ditemui pengsan dalam kenderaan, dipercayai akibat kekurangan oksigen, dekat Plaza Tol Bentong pada petang Isnin (24 Apr).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata insiden itu disedari Inspektor Ridhwan Kassim dan Koperal Mohamad Azuwan Aziz sebelum bergegas memberi bantuan awal kepada mangsa.

"Dalam penyelamatan itu, anggota polis itu turut dibantu oleh anggota peronda lebuh raya, orang awam dan pihak Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

"Pegawai bertugas juga telah mengeluarkan mangsa dari kereta dan menghubungi hospital untuk tindakan susulan," katanya, lapor agensi berita BH Online.

Sebelum kejadian, kereta yang dinaiki keluarga terbabit turut melanggar pintu tol Bentong.

"Dipercayai semua empat mangsa - seorang lelaki, wanita dan dua kanak-kanak - telah pengsan. Semua mangsa dari Tok Bali, Kelantan, menuju ke Balakong, Selangor.

"Hasil pemeriksaan doktor mendapati semua mangsa kekurangan oksigen. Tindakan pantas itu dapat menyelamatkan empat nyawa," katanya, dipetik daripada BH Online.

Beliau menambah pihak polis berharap semua pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu semasa musim perayaan ini.

Sementara itu, anak sulung mangsa melalui laman Facebook "Syafid Mok" memaklumkan semua ahli keluarganya yang terbabit dalam kejadian itu sudah kembali sedar.

"Punca pengsan dipercayai disebabkan keracunan oksigen penghawa dingin kenderaan.

"Saya berterima kasih kepada semua anggota dan orang ramai yang membantu keluarga saya, Allah membalas jasa kalian," BH Online memetik catatannya.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan