Skip to main content

Dunia

Empat sekeluarga maut selepas urusan tulis wasiat

Empat sekeluarga maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Km 55 Jalan Klang-Teluk Intan pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Empat sekeluarga maut selepas urusan tulis wasiat

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 03 Jul 2019 10:21PM Dikemas Kini : 03 Jul 2019 10:22PM

SHAH ALAM: Empat sekeluarga maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Km 55 Jalan Klang-Teluk Intan pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini (3 Jul).

Ketua Polis Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab berkata mereka yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Encik Ahmad Awang berusia 56 tahun, isterinya Cik Hayati Mohd Zain, 57 tahun, kakak kepada Hayati, Cik Norriyah Mohd Zain, 61 tahun, dan ibu mereka Cik Khamisah Saleh, 77 tahun.

Beliau berkata polis menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada kira-kira pukul 2.00 petang tadi, dan berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu oleh Encik Ahmad dari arah Klang terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum terjunam ke dalam parit.

“Kesemua mereka yang tersepit akibat kemalangan itu meninggal dunia di tempat kejadian, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Supt Md Asri berkata beliau difahamkan kejadian berlaku selepas empat sekeluarga itu baru sahaja selesai menjalankan urusan menulis wasiat, dan dalam perjalanan menghantar ibu mereka untuk pulang ke Tanjong Karang.

Katanya semua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi tujuan bedah siasat.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita