Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Empat sekeluarga di Muar cedera selepas kereta rempuh babi hutan

Anggaran Waktu Membaca:
Empat sekeluarga di Muar cedera selepas kereta rempuh babi hutan

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

MUAR: Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di Muar pada tengah hari Isnin (30 Jan). 

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zuraimi Harun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.40 tengah hari sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati kereta jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa, Mohd Halid Shahid, 59 tahun, terbabas selepas melanggar seekor babi hutan yang cuba melintas.

“Mangsa mengalami patah bahagian tulang paha, manakala tiga lagi individu di dalam kereta tersebut iaitu Norlinda Tukiman, 38 tahun, Nurisma Aliah Mohd Halid, 13 tahun, dan Muhammad Aiman Haziq Mohd Halid, 9 tahun, cedera ringan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Encik Zuraimi berkata operasi pasukan berkenaan membabitkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), dua unit motosikal RIM dan satu jentera Water Tanker berserta 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar.

Menurutnya lagi, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 2.22 petang.

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan