Skip to main content

Dunia

Empat maut dalam gempa bumi 5.4 Richter di timur Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Empat maut dalam gempa bumi 5.4 Richter di timur Indonesia

(Gambar hiasan: Frederick Florin/AFP)

JAKARTA: Empat orang terbunuh dan beberapa rumah serta bangunan musnah selepas gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Papua pada Khamis (9 Feb), kata seorang pegawai agensi bencana.

"Gegaran kuat dirasakan di sini. Rumah, restoran dan bangunan rosak. Empat orang terkorban...Kami sedang menjalankan penilaian risiko gempa itu," kata pengurus pusat kawalan operasi untuk agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah, Jonathan Koirewoa ketika dihubungi Xinhua.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika negara (BMKG) melaporkan gempa bumi itu berlaku pada pukul 1.28 tengah hari waktu tempatan dengan pusat gempa terletak satu kilometer barat daya wilayah Papua ibu negara Jayapura dengan kedalaman 10 kilometer. 

Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Beberapa gegaran susulan turut dilaporkan.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita