Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Empat bekas editor akhbar Apple Daily di Hong Kong mengaku bersalah subahat dengan pihak asing

Anggaran Waktu Membaca:
Empat bekas editor akhbar Apple Daily di Hong Kong mengaku bersalah subahat dengan pihak asing

(Gambar: AFP/File/Anthony Wallace)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 03:29PM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 03:30PM
HONG KONG: Empat bekas editor kanan, adalah dalam kalangan enam kakitangan di akhbar Apple Daily di Hong Kong, yang mengaku bersalah pada Selasa (22 Nov) kerana berkomplot dengan pihak asing bagi menggugat keselamatan wilayah pentadbiran khas China itu.

Enam pekerja agensi berita yang sudah ditutup itu berdepan dengan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Kes tersebut menarik perhatian banyak pihak kerana mereka dikenakan tuduhan di bawah Akta Keselamatan Negara yang baru, dikuatkuasakan China dalam tahun 2020.

Apple Daily sudah lama menjadi ancaman Beijing, ekoran sokongannya terhadap gerakan prodemokrasi yang mencetuskan kekecohan di Hong Kong pada 2019 serta kritikan berterusan terhadap pemimpin China.

Ia terpaksa ditutup tahun lalu selepas pendanaan bagi syarikat tersebut dibekukan dan kebanyakan kakitangan kanan - termasuk pengasas Jimmy Lai, didakwa berdasarkan undang-undang keselamatan negara.

Empat bekas editor kanan dan dua bekas pengerusi syarikat tersebut mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Hong Kong pada Selasa kerana "berkomplot dengan kuasa-kuasa asing untuk menggugat keselamatan negara".

Bekas kakitangan yang didakwa termasuk ketua eksekutif Cheung Kim-hung, penerbit bersekutu Chan Pui-man, ketua editor Law Wai-kwong, editor eksekutif Lam Man-chung, dan penulis kanan Fung Wai-kong dan Yeung Ching-kee.

Pihak pendakwa menuduh mereka menggunakan Apple Daily untuk menyebarkan kandungan-kandungan yang meminta sekatan luar negara dikenakan terhadap China, dengan mengemukakan lebih 160 rencana yang sudahpun diterbitkan sejak April 2019, sebagai bukti.

Keenam-enam mereka sudah ditahan sebelum perbicaraan selama hampir setahun setengah, dan tidak akan dijatuhi hukuman sehingga selesai perbicaraan terhadap pengasasnya, Lai dan ketiga-tiga syarikat Apple Daily.

Lai dan firma-firma tersebut mengaku tidak bersalah. Perbicaraan dijangka bermula pada Disember.
Sumber : AFP/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa