Empangan Laos runtuh: Syarikat Xe Pian Xe Namnoy Power mengaku bertanggungjawab sepenuhnya
Kerajaan Laos memerintahkan pengawasan lebih ketat bagi kemudahan hidroelektrik
LAOS: Syarikat yang terlibat dalam pembinaan empangan itu mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas tragedi empangan yang runtuh di Laos.
Demikian menurut pegawai dari syarikat Xe Pian Xe Namnoy Power.
Bagaimanapun ia belum membuat kenyataan rasmi tentang tragedi empangan itu.
Kerajaan Laos memerintahkan pengawasan lebih ketat bagi kemudahan hidroelektrik negara itu.
Pasukan menyelamat dan bantuan dari beberapa negara Asia sudah mula tiba di Laos selepas air empangan itu melimpah keluar akibat hujan lebat pada Isnin lalu (16 Jul).
Masih belum jelas sejauh mana kesan tragedi tersebut kerana beberapa bahagian kawasan itu tidak boleh dimasuki.
Agensi rasmi berita Laos menganggarkan angka kematian mencecah 27 orang sementara lebih 130 masih dilaporkan hilang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.