Empangan Laos runtuh: Lebih banyak penduduk Kemboja pula perlu dipindahkan
Ribuan penduduk Kemboja terpaksa dipindahkan selepas air bah, terbit daripada kejadian empangan runtuh di Laos pada Isnin (23 Jul), mengalir ke arah selatan.
ATTAPEU, LAOS: Ribuan penduduk Kemboja terpaksa dipindahkan selepas air bah, terbit daripada kejadian empangan runtuh di Laos pada Isnin (23 Jul), mengalir ke arah selatan.
Pihak berkuasa wilayah Stung Streng menyatakan paras air semakin meningkat di Kemboja dan lebih banyak pemindahan perlu dilakukan.
Angka kematian di Laos kini mencecah 27 orang, dengan 131 orang masih lagi hilang. Menurut pihak berkuasa, belum jelas sejauh mana kesan tragedi itu.
Meskipun demikian, mereka yang terkandas di pokok-pokok dan bumbung rumah sudah dapat diselamatkan. Pencarian kini dipergiatkan bagi usaha menemui para mangsa yang hilang.
Sementara itu, negara-negara seperti Singapura, Thailand dan Korea Selatan mula tiba untuk menawarkan bantuan.
Empangan Xe-Namnoy bernilai AS$1.2 bilion yang merupakan kerjasama antara syarikat-syarikat Laos, Thailand dan Korea Selatan masih dibangunkan apabila ia runtuh akibat hujan lebat.
Dua syarikat Korea Selatan yang terlibat dengan pembinaan projek itu sebelum ini menyatakan kerosakan sudah dikesan sehari sebelum kejadian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.