Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Empangan Laos runtuh: Bayi antara mereka yang diselamatkan penyelamat Gua Tham Luang

Jumlah mangsa yang masih hilang akibat kejadian empangan yang runtuh, mungkin lebih ramai lagi daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2018 09:05PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 10:14PM

APPATEU: Jumlah mangsa yang masih hilang akibat kejadian empangan yang runtuh, mungkin lebih ramai lagi daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Sebelum ini 131 orang disahkan hilang tetapi Timbalan Setiausaha Attapeu mendakwa lebih 1,100 orang mungkin masih hilang. Sementara itu angka kematian diturunkan daripada 27 kepada enam orang.

Air bah akibat empangan runtuh semakin merosot sedang para penyelamat meneruskan usaha mencari para mangsa.

Antara yang berjaya diselamatkan ialah seorang bayi dan ibunya serta beberapa orang dewasa yang lain. Mereka yang terselamat berjaya menaiki sebuah bukit untuk mengelakkan air bah yang melanda.

Mereka ditemui pasukan penyelamat dari Thailand yang pernah terlibat dalam operasi menyelamat di sebuah gua di Chiang Rai.

Para penyelamat dari China, Korea Selatan, Thailand dan Singapura sedang membantu operasi di Laos. 

Sumber : AFP/AA/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa