Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Emirates Global Aluminium dari UAE rancang bina loji nuklear di Indonesia

Firma Amiriah Arab Bersatu (UAE), UAE Emirates Global Aluminium (EGA) merancang untuk membina loji tenaga nuklear dengan kapasiti sehingga 5 gigawatt di Indonesia, menurut Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Emirates Global Aluminium dari UAE rancang bina loji nuklear di Indonesia

Gambar hiasan loji nuklear di Perancis. (Gambar: AFP/Guillaume Souvant)

Diterbitkan : 13 Feb 2025 01:48PM Dikemas Kini : 13 Feb 2025 01:52PM
JAKARTA: Firma Amiriah Arab Bersatu (UAE), UAE Emirates Global Aluminium (EGA) merancang untuk membina loji tenaga nuklear dengan kapasiti sehingga 5 gigawatt di Indonesia, menurut Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (12 Feb).

Kementerian itu turut mendedahkan bahawa harga elektrik yang tinggi dan kekurangan tenaga elektrik rendah karbon telah menangguhkan rancangan EGA untuk membantu meningkatkan kapasiti peleburan aluminium milik Indonesia Asahan Aluminium di Sumatra Utara sehingga 400,000 tan setahun.

EGA tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan komen berhubung loji tenaga nuklear itu. Permintaan itu telah dikemukakan di luar waktu perniagaan biasa di UAE.

Kenyataan kementerian itu dibuat selepas Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EGA Abdulnasser Ibrahim Saif Bin Kalban di Dubai untuk membincangkan pembangunan industri aluminium di Indonesia.

Encik Airlangga juga bertemu dengan Mohamed Jameel Al Ramahi, ketua eksekutif firma tenaga boleh diperbaharui milik UAE, Masdar, untuk membincangkan projek mereka di Indonesia, termasuk loji tenaga solar terapung 145 megawatt di kolam air wilayah Jawa Barat dan pembangunan saluran paip gas dari Aceh ke Jawa Timur.

Encik Airlangga kini berada di Dubai untuk menghadiri Sidang Puncak Pemerintah Dunia.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan